NATIONAL

Rogol bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman

Bernama 23/02/2018 | 13:18 MYT
Kesemua anggota tentera lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini. - Gambar fail
Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini.

"Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa). Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac," katanya ketika dihubungi, di sini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut. -- Bernama

BACA: Mangsa rogol 9 anggota tentera disahkan hamil

BACA: Kes tentera rogol remaja: Kertas siasatan diserah ke Peguam Negara



#kem mahkota #Kluang #polis johor #rogol #tentera