Seorang guru Pendidikan Jasmani hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak muridnya.
Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan bermula hari ini.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Dony Abdullah dan Farhan Read untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difail di Mahkamah Tinggi.
Mohd Ezlie Azram yang juga seorang guru silat menghadapi dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun pada 2013, di sebuah rumah di Selayang di sini.
Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh yang sepatutnya memberi pendidikan dan perlindungan bukan mengambil kesempatan ke atas anak muridnya.
"Profesion perguruan adalah pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi, sebagai seorang guru dia tidak sewajarnya melakukan sedemikian," katanya.
Bagaimanapun, Farhan Read merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan dua orang anak bersama bekas isteri.
Sebanyak lima saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Oktober 2014
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017

Seorang guru Pendidikan Jasmani dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak muridnya. - Gambar hiasan

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Pelan pendidikan tinggi baharu dilancar tahun ini - Timbalan Menteri
Antara tumpuan pelan berkenaan adalah teknologi baharu, terutama berkaitan AI yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.
KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu anti-doping
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegiriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integiriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
'Ini adalah permulaan baharu' - Azizulhasni Awang
"Ini adalah permulaan baharu, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan atlet muda yang lain," jelas bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang. #AWANInews
[TERKINI] Pocket Rocketman terus beraksi namun secara profesional
Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Sabtu mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.

Rogol murid: Guru pendidikan jasmani dipenjara 24 tahun, 12 sebatan
Seorang guru Pendidikan Jasmani hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak muridnya.