awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol pelajar Tingkatan Tiga, remaja berusia 16 tahun antara enam suspek

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/12/2020
04:40 MYT
Rogol pelajar Tingkatan Tiga, remaja berusia 16 tahun antara enam suspek
Nik Ezanee berkata, semakan mendapati, dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dua lelaki berusia 16 dan 17 tahun adalah antara enam yang ditahan atas dakwaan merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan di Kampung Sungai Kayu Ara pada Sabtu, dan kini direman tujuh hari.
Katanya, berdasarkan keterangan awal, kesemua suspek termasuk dua remaja bawah umur yang tidak bersekolah itu, mengaku melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada 2 Disember lalu.
"Semakan juga mendapati, dua daripada suspek itu mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek-suspek itu melalui seorang rakan perempuannya.
Nik Ezanee berkata, mangsa yang mengalami tekanan emosi ketika ini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Siasatan ke atas kesemua suspek yang berusia antara 16 dan 22 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Topic Berkaitan
#jenayah
#rogol
#bawah umur
#IPD Petaling Jaya
#Kampung Sungai Kayu Ara
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#PPUM
#Kanun Keseksaan
#reman
#pelajar tingkatan tiga
#remaja
#pelajar
#tidak bersekolah
#penghantar makanan
#suspek
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan