awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol remaja bawah umur di tepi pantai, sembilan lelaki ditahan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
02/12/2022
08:32 MYT
Rogol remaja bawah umur di tepi pantai, sembilan lelaki ditahan
Sembilan lelaki yang berusia antara 13 hingga 21 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.
KOTA BHARU: Sembilan lelaki yang berusia antara 13 hingga 21 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat pada pukul 6.38 petang semalam.
Menurut Mohd Roshdi, berdasarkan keterangan, mangsa telah keluar dari rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat, sekitar pukul 9 malam 25 Oktober lalu dan tinggal bersama teman lelakinya di kampung Semut Api, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.
"Semasa mangsa tinggal bersama suspek, mangsa telah melakukan hubungan seks bersama suspek dan rakan-rakan lelakinya yang lain di kawasan tepi pantai, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau turut memaklumkan, hasil siasatan polis mendapati, pada 16 November lalu, ibu mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan anak perempuannya itu.
Mohd Rosdi berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas sembilan suspek adalah negatif dan tiada rekod lampau.
Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman.
Suspek bawah umur direman selama lima hari manakala suspek lain direman selama tujuh hari.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Izdham Naim Che Ani dan kes disiasat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Rogol remaja bawah umur
#sembilan lelaki ditahan
#rogol di tepi pantai
#Jalan Pantai Cahaya Bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan