awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok elektronik mengandungi nikotin akan diambil tindakan - KKM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/11/2015
06:30 MYT
Rokok elektronik mengandungi nikotin akan diambil tindakan - KKM
Kajian di pihak Kementerian Kesihatan turut mengesyorkan kepada kerajaan agar mengharamkan penggunaan rokok elektronik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan kepada penjual dan pengguna rokok elektronik yang mengandungi nikotin sepertimana tertakluk di bawah Akta Racun 1952.
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata kajian di pihaknya turut mengesyorkan kepada kerajaan agar mengharamkan penggunaan rokok elektronik.
"Bagi memudahkan pemahaman, KKM mentakrifkan rokok elektronik yang mengandungi nikotin sebagai e-rokok manakala rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin sebagai 'vape'.
"Penjualan dan penggunaan cecair e-rokok yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 dalam Peraturan Kawalan Tembakau 2004," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah Lokman, hanya ahli farmasi berlesen dalam premis berlesen sahaja boleh menjual produk yang mengandungi nikotin bagi tujuan membantu memulihkan ketagihan nikotin.
BACA: Penggunaan vape tidak diharamkan - Ismail Sabri
BACA: CAP gesa kerajaan haramkan e-rokok
INFOGRAFIK: E-Rokok di Malaysia, fakta yang perlu anda tahu
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan, Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif berkata, walaupun tiada nikotin dalam 'vape', trend baru ini menghasilkan ketagihan baru dalam masyarakat.
"Kajian yang kita lakukan mendapati banyak kesan jangkamasa panjang bakal mengundang kanser baharu di masa depan," katanya.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan kerajaan agar mengambil tindakan mengharamkan rokok bagi mengelak pelbagai penyakit baru di masa akan datang.
Namun ia terpulang kepada kuasa menteri dan keputusan kabinet dalam membuat keputusan.
Topic Berkaitan
#akta racun
#Kementerian Kesihatan
#Lokman Hakim Sulaiman
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan