Pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin bahawa rokok elektronik akan dikawal selia di bawah Akta Kawalan Tembakau mendapat reaksi positif daripada pengusaha rokok elektronik.
Meskipun ia masih dalam kajian, harapan disandarkan agar beberapa langkah yang akan diambil kementerian itu termasuk cukai yang dikenakan berpatutan dalam membantu lima juta perokok tegar di Malaysia berubah.
Astro AWANI menemui salah seorang pengusaha rokok elektronik, Shahabudeen Jalil, yang juga Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd berkenaan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.
"Pertama sekali kita sambut baik saranan menteri mengawal selia pembuatan dan penjualan rokok elektronik.
"Kedua, cukai dikenakan itu diharapkan berpatutan kerana rokok elektronik ini dikategorikan juga sebagai satu alat perubatan di sesetengah negara, (iaitu) membuat seseorang yang ketagihan rokok kronik untuk berhenti merokok," jelasnya.
Jelas Menteri Kesihatan, rang undang-undang itu masih lagi disiapkan sebelum ia dibentang ke Parlimen penghujung tahun ini.
Bagi Shahbudeen, cukai yang dikenakan oleh kementerian perlu diperhalusi agar pengusaha haram tidak wujud untuk mengambil kesempatan jika harga peranti rokok elektronik terlalu mahal di pasaran.
"Kalau cukai terlalu tinggi, kita akan membawa masuk pengusaha haram dalam pasaran. Kalau cukai berpatutan, semua pengusaha rokok elektronik akan akur dan patuh dengan saranan tersebut dengan masa sama kerajaan akan dapat income lebih baik," ujarnya.
Pada Isnin, Dr Dzulkefly antara lain menjelaskan bahawa pihaknya sedang merangka Akta Kawalan Tembakau yang merangkumi kawalan penggunaan produk tembakau termasuk rokok elektronik dan vape.
Ia meliputi bidang penguatkuasaan, penjualan, undang undang dan hukuman.
Ujar beliau, kementeriannya komited dalam melaksanakan akta terbabit kerana ia didapati menjadikan persekitaran lebih sihat.
Sebelum ini penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk dibawah Akta Racun 1952, sementara lesen penjualan rokok elektronik dan vape dibawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), manakala bagi kandungan nikotin pula dibawah KKM.
Fareez Azman
Tue Apr 09 2019

Sebelum ini penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk dibawah Akta Racun 1952. - Gambar hiasan

Sewa premis perniagaan perlu diturunkan 10 ke 20 peratus - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil hendaklah menurunkan kadar minimum sewa sebanyak 10 ke 20 peratus.

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

Secara Kontrak | Tan Sri Mohd Zuki Ali terus berkhidmat sehingga 10 Ogos 2024
Tan Sri Mohd Zuki Ali akan meneruskan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara, KSN secara kontrak selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lantikan tersebut adalah selama 2 tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'
Saifuddin mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok: Kaji semula denda atas pemilik restoran - PRESMA
Pemilik atau petugas restoran tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pelanggan merokok, sebaliknya hanya boleh memberi teguran.

Penamat rokok: 'Laksana keputusan sukar demi generasi akan datang' - MHC
MHC menyeru kesemua Ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi

Rokok elektronik: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia tidak positif dengan keputusan KKM?
Undang-undang perlu diperketatkan agar peranti berkenaan tidak dijual secara terbuka biarpun ia diberi kebenaran oleh kementerian.

Rokok elektronik termasuk vape di bawah Akta Kawalan Tembakau, berita baik buat pengusaha?
Jelas Menteri Kesihatan, rang undang-undang itu masih lagi disiapkan sebelum ia dibentang ke Parlimen penghujung tahun ini.