BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atau Dr Zul akhirnya bertemu dengan pemilik baharu jam tangan Rolex miliknya yang telah berjaya dibida semalam.
Apa yang istimewa, lelaki dari Pasir Gudang, Johor itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.
“Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang Hamba Allah daripada Pasir Gudang, Johor.
“Saya tanya kepada beliau: ‘Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?’
“Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” kata Dr Zul.
Melanjutkan perkongsian, Dr Zul yang dalam perjalanan ke Abu Dhabi bagi menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar bakal singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri wang berjumlah RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.
“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction,” katanya lagi.
Terdahulu, perkongsian Dr Zul di media sosial mengenai bidaan jam tangan berjenama mewah berkenaan meraih perhatian ramai, terutama kerana jam tangan tersebut merupakan hadiah istimewa pemberian Raja Saudi. -Gempak
Sumber, kredit foto: Twitter
Gempak
Thu Nov 02 2023
Dr Zulkifli (kiri) ketika bertemu dengan pemilik baharu jam tangan Rolex yang berjaya dibida semalam. -Gempak
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
Rolex kesayangan Dr Zul berpindah tangan, lelaki dari Pasir Gudang jadi pemilik baharu
Lelaki itu membida jam tangan mewah berkenaan pada harga RM135,000 tujuh minit sebelum tempoh bidaan ditutup.
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
Dipukul, disamun ketika mahu beli jam Rolex
Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor melihat iklan yang menjual jam tangan berkenaan dalam Facebook sebelum menghubungi dan membuat janji temu dengan pemilik akaun itu.
Jam tangan Rolex milik James Bond kini dilelong!
Walaupun ia tidaklah secanggih jam hari ini, ia masih boleh mencecah harga sehingga AS$280,000 (RM1.17 juta) berdasarkan anggaran nilainya.