awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombak Kabinet: Itu prerogatif Perdana Menteri - Fadillah

Bernama
Bernama
02/12/2023
10:56 MYT
Rombak Kabinet: Itu prerogatif Perdana Menteri - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Promosi Kemahiran Teknikal & Vokasional (TVET) Parlimen Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya, yang pasti akan menitikberatkan kemampuan seseorang itu untuk menerajui kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Saya tak tahu pun ada rombakan kabinet (kerana) tiada perbincangan dengan saya. Itu prerogatif Perdana Menteri dan sudah pasti dia akan menilai adakah kementerian itu bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada seseorang itu," katanya.
Beliau yang ditemui selepas Program Promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini hari ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet dijangka berlaku sebelum kemunculan 2024.
Menyentuh mengenai TVET, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata pusat khidmat parlimennya akan meluaskan kerjasama dengan badan bukan kerajaan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi menggerakkan program mempromosikan bidang itu di peringkat sekolah.
"Tumpuan ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen ini iaitu Tupong, Satok dan Samariang. Saya akan menyokong perancangan dari segi bentuk program yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombak kabinet
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Fadillah Yusof
#prerogatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan