PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh berkata rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan mungkin dibuat sebelum hujung tahun ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menunggunya bersama pengamal media, selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4, Putrajaya.
Kenyataan Perdana Menteri itu dibuat selepas kanak-kanak terbabit, Akmal Afif Yasser Arafat, mengulangi soalan yang diutarakan pengamal media mengenai rombakan Jemaah Menteri.
Terdahulu, Akmal Afif, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Presint 8 (2) bersama lapan rakannya menantikan Anwar untuk mendapatkan tandatangan daripada Perdana Menteri.
Perdana Menteri sebelum itu menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah di surau berkenaan.
Turut hadir menunaikan solat bersama Perdana Menteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai'im Mokhtar.
Beliau turut meluangkan masa kira-kira setengah jam menjamu selera di perkarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah.
Khabar berkaitan rombakan Kabinet mula bertiup sejak Mei apabila Anwar ditanya mengenai kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Pada Oktober, rombakan Kabinet kembali diperkatakan susulan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang disandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.
Dalam setiap pertemuan bersama media, Perdana Menteri tidak menolak dan tidak mengesahkan sebarang keputusan untuk melakukan rombakan Kabinet yang diketuainya.
Kali terakhir Anwar memberi reaksi kepada media mengenai hal yang sama adalah pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani, di sini, pada Khamis.
Astro Awani
Fri Dec 01 2023
Perdana Menteri sebelum ini tidak menolak dan tidak mengesahkan sebarang keputusan untuk melakukan rombakan Kabinet yang diketuainya. - Gambar fail/ Bernama
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
Meskipun ekonomi makin baik, PM tegaskan beliau masih belum berpuas hati
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih belum berpuas hati dengan perkembangan terkini negara.
Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin
Malaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu adalah susualan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan rusuhan di Bangladesh yang bertambah getir sejak kebelakangan ini.
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara
Anwar berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar
Kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.