KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menasihatkan pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) agar pulang ke Malaysia dan tidak meneruskan misinya ke Gaza dibuat selepas mengambil kira pandangan kerajaan Mesir.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya dimaklumkan kerajaan Mesir bahawa tiada jaminan keselamatan untuk HM4P di Gaza dan keputusan menasihatkan misi itu pulang dibuat atas faktor keselamatan yang dibangkitkan Mesir.
"Kerajaan Mesir telah memberikan pertimbangan bahawa keadaan keselamatan mereka (HM4P) di sana tidak dapat dijamin," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menerima 150 bakul makanan sumbangan Prolintas Group Of Companies untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Kamarudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui laman Facebooknya pada Selasa yang menasihati HM4P agar pulang ke Malaysia kerana keadaan yang tidak menentu di Gaza.
Menurut beliau pihaknya mengambil maklum pandangan kerajaan Mesir itu memandangkan Mesir adalah negara laluan rombongan HM4P yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk ke Gaza.
Kamarudin berkata, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Kaherah telah cuba membantu sedaya upaya namun semua keputusan tertakluk juga kepada pertimbangan keselamatan.
"Saya sealiran dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri untuk menasihatkan supaya rombongan itu pulang ke Malaysia atas pertimbangan keadaan keselamatan khususnya di Gaza, adalah tidak dijamin," katanya.
Misi kemanusiaan HM4P anjuran Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan Abdul Azeez, berlepas ke Jordan pada 16 Jun untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan ke al-Quds dan Gaza. Namun sehingga kini rombongan itu masih belum dibenarkan memasuki Gaza, Palestin.
Mengenai sumbangan bakul makanan berkenaan, Kamarudin berkata sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, beliau mengalu-alukan usaha semua pihak yang ingin membantu penduduk kawasan Parlimen itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Katanya sejak Januari lalu pihaknya telah mengagihkan lebih 10,000 bakul makanan kepada penduduk kawasan Parlimen berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Kerajaan Mesir telah memberikan pertimbangan bahawa keadaan keselamatan mereka (HM4P) di sana tidak dapat dijamin. - Twitter @cyblesoleil
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.