awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak, cederakan pelajar: Dua rakan dipenjara 12 tahun, empat sebatan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/09/2020
07:03 MYT
Rompak, cederakan pelajar: Dua rakan dipenjara 12 tahun, empat sebatan
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI
Tindakan dua lelaki merompak dan mencederakan seorang pelajar tingkatan lima bulan lalu berbalas apabila mereka dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Alen Low Chou Jin, 38 tahun, dan Chai Fook Jing, 30 tahun, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati secara bersama-sama telah melakukan rompakan ke atas harta kepunyaan seorang remaja berusia 17 tahun iaitu, tiga buah telefon bimbit sehingga menyebabkan kecederaan.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 1.40 petang di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Indah, Tanjung Minyak, Melaka pada 28 Ogos lalu.
Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh yang bersenjatakan parang telah memasuki rumah tersebut ketika mangsa tinggal berseorangan dan mengarahkan remaja itu mendiamkan diri sementara salah seorang daripada mereka menyelongkar barang berharga di tingkat atas.
Bagaimanapun ketika ingin melarikan diri, ibu bapa mangsa kebetulan pulang ke rumah dan remaja berkenaan cuba menghalang kedua-dua tertuduh, namun salah seorang daripada mereka bertindak menetak dan melibaskan parang kepadanya.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lengan.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira mangsa merupakan seorang remaja dan berdepan dengan trauma yang panjang.
Selepas mendengar hujahan, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan empat sebatan terhadap setiap tertuduh.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#cedera
#Mahkamah Sesyen
#parang
#pelajar
#pengakuan bersalah
#penjara
#remaja
#rompak
#sebatan
#Tingkatan Lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan