awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska

Bernama
Bernama
24/03/2021
02:23 MYT
Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska
Polis berkata, suspek mengambil barangan kemas, wang tunai berjumlah RM4,000, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.
KUALA BERANG: Seorang penyelia taska dan enam kakak-kanak berdepan detik cemas, apabila seorang lelaki yang bersenjatakan senapang angin memasuki premis untuk merompak.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi semalam dan suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa.
Beliau berkata mangsa sempat menepis senapang angin itu hingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan, namun terkena pada bahagian lantai dapur taska tersebut.
“Kemudian suspek mengambil beg tangan milik mangsa sehingga berlaku tarik menarik antara mereka namun suspek berjaya melarikan beg tangan itu.
“Suspek turut memecahkan cermin tingkap nako di bahagian dapur dan melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah, yang nombor pendaftarannya belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata suspek tersebut mengambil barangan kemas, wang tunai berjumlah RM4,000, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk ke dalam taska itu melalui pintu belakang.
“Mangsa dan enam kanak-kanak asuhan taska itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya yang meminta orang ramai segera menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata tajam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rompakan
#senapang angin
#taska
#terengganu
#Mohd Adli Mat Daud
#Kanak-kanak
#mangsa
#suspek
#tembakan
#polis
#siasatan
#pecah masuk
#senjata tajam
#pintu belakang
#penyelia taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan