awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak pelajar universiti: Tiga tertuduh mengaku tidak bersalah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/09/2021
03:58 MYT
Rompak pelajar universiti: Tiga tertuduh mengaku tidak bersalah
Dua daripada tiga tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar hari ini. - Astro AWANI
KANGAR: Dua lelaki serta seorang gadis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan terhadap dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Taman Rekreasi Bukit Jernih pada 19 Sept lalu.
Tertuduh, Mohamad Shazenie Awang, 22 tahun, Mohd Firdaus Salin, 26 tahun, dan Azrina Amran, 19 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh menggunakan senjata iaitu sebilah pisau mengarah mangsa Lim Jing Ning, 24 tahun, menyerahkan telefon bimbit jenis iPhone XR, dianggar bernilai lebih RM5,600, kira-kira pukul 5.22 petang 19 Sept lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengacukan sebilah pisau terhadap seorang lagi rakan mangsa Ong Hong Liang, 24 tahun, dan memaksanya menyerahkan wang tunai RM20.
Ketiga-tiga individu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM12,000 setiap seorang bagaimanapun peguam tertuduh Mohd Hapiz Rajali merayu jaminan dikurangkan kepada jumlah setimpal.
Ia memandangkan ketiga-tiga tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap berikutan masing-masing bekerja sebagai nelayan dan buruh, manakala Azrina tidak bekerja dan mempunyai masalah keluarga.
Mahkamah membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM7,000 setiap seorang.
Mahkamah menetapkan 26 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#pelajar UniMAP
#Mahkamah Sesyen Kangar
#rompak secara berkumpulan
#pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan