KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen seliter daripada RM3.83 kepada RM3.91 bagi tempoh seminggu, bermula esok hingga 6 April.
Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menyatakan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.
Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).- Gambar hiasan

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter.

Naikkan harga petrol RON95, T20 banyak guna subsidi kerajaan - Najib
Najib juga menyatakan beliau kurang bersetuju dengan pemberian subsidi secara pukal.

Kes seleweng bahan api bersubsidi meningkat
Selain usaha pemantauan dan penguatkuasaan digiatkan, maklumat daripada orang awam jyga diperlukan untuk membanteras jenayah.

Harga RON97 naik 11 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit RON97 naik 11 sen kepada RM4.83 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter masing-masing berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga RON97 naik 2 sen kepada RM4.72, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter iaitu daripada RM4.70 kepada RM4.72 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 9 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 8 Jun, 2022.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Harga runcit petrol RON97 RM4.33, naik 2 sen
Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter, mulai Mei 19-25.

Sebahagian besar subsidi dinikmati golongan T20 - Tengku Zafrul
Antara manfaat dinikmati golongan T20 ialah sebahagian besar subsidi petroleum berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini.

Petrol bersubsidi: KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis di pintu sempadan
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.