CRISTIANO Ronaldo tidak berhasrat untuk bersara memandangkan dia masih bermotivasi untuk bersaing dengan "singa muda."

Ronaldo dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalkannya di Al-Nassr hingga Jun 2026 dan membawanya melepasi hari lahirnya yang ke-41.

Pemain antarabangsa Portugal itu telah menjaringkan 42 gol dalam 41 penampilan bersama kelab Liga Pro Saudi berkenaan musim ini, lantas dia menegaskan dia masih bermotivasi untuk meneruskan kariernya. 

Bercakap di podcast Whoop, dia berkata: "Saya berasa bangga kerana pada usia ini masih bersaing di peringkat tertinggi. Ia hebat dan ia memberi saya motivasi untuk meneruskannya. 


“Jika anda melihat kerjaya saya sejak 20 tahun lalu, tahap saya adalah tinggi. Jika anda berada di kedudukan teratas selama 20 tahun, memang sukar dipercayai.

"Saya berjaya melakukannya dan saya mahu terus melakukannya. Bagi saya, ia satu pencapaian yang besar." - Stadium Astro