LEGENDA Brazil, Ronaldo Nazario, mendedahkan bahawa dia akan memenuhi janjinya untuk berbasikal sejauh 500 kilometer susulan kejayaan Real Valladolid layak ke saingan divisyen utama, LaLiga.
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.
Ronaldo, yang menjadi pemegang saham terbesar kelab itu sejak 2018, kini perlu menunaikan janjinya untuk berbasikal dari Valladolid ke Santiago de Compostela, puncak tertinggi Camino de Santiago.
"Ia bagi meraikan kejayaan Valladolid naik liga secara automatik, saya telah berjanji sejak lama dahulu, sejak kami diturunkan liga (pada 2021)," kata Ronaldo kepada Twitch.
"Saya berjanji jika kami kembali (ke LaLiga), saya akan melakukan Camino de Santiago. Saya akan melakukannnya dengan berbasikal kerana saya tidak boleh berlari.
"Isteri saya (Celine) dan saya akan meninggalkan Valladolid hujung minggu ini dan pergi ke Santiago de Compostela dengan berbasikal," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jun 04 2022
Ronaldo, yang menjadi pemegang saham terbesar kelab itu sejak 2018, kini perlu menunaikan janjinya untuk berbasikal dari Valladolid ke Santiago de Compostela. - Stadium Astro
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Unjuran Indeks Harga Pengguna kekal
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata langkah kerajaan baru-baru ini untuk merasionalisasikan subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung Malaysia dijangka hanya memberikan impak kecil berikutan mekanisme fleet card dan pindahan tunai bersasar apatah lagi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus daripada kumpulan IHP.
Ronaldo tunai janji berbasikal 500km selepas Real Valladolid naik liga
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.