awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ROS belum beri status pendaftaran 15 parti politik baharu - Laporan Audit

Syafique Shuib
Syafique Shuib
01/10/2013
06:40 MYT
ROS belum beri status pendaftaran 15 parti politik baharu - Laporan Audit
Lima belas permohonan parti politik masih belum diberi keputusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dari tempoh 2010 hingga 2012.
Ini antara penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara Persekutuan 2012 yang mendapati 12 permohonan belum diberi keputusan disebabkan maklum balas dariapada bahagian Hal Ehwal Pendaftaran Negara dan Pertubuhan oleh Kementerian Dalam Negeri belum diterima.
ROS juga tidak dapat membuat keputusan terhadap tiga parti politik yang lain, iaitu Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Cinta Sabah kerana tiada surat berkaitan dikemukakan.
Sementara itu, permohonan Pakatan Rakyat yang telah masuk tahun keempat masih lagi tidak diberikan kelulusan.
Menurut laporan media yang memetik kata-kata Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, pada awal bulan lepas, permohonan parti itu tidak dapat diproses kerana pakatan itu tidak mengemas kini maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem).
Audit ini juga berpendapat bahawa pengurusan permohonan pertubuhan parti politik adalah kurang memuaskan disebabkan kelewatan menerima maklum balas kelulusan khas dari pihak ketiga.
Antara cadangan laporan itu kepada ROS adalah supaya ia membuat keputusan status permohonan dan meluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#Laporan Kedua Audit Negara Persekutuan 2012
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan