KUALA LUMPUR: Kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan 2022.
Hakim Mohamed Zaini berkata, beliau akan memastikan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar kerana hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.
"Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar kekal di sana. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab saya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh, dibicarakan secara adil seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah.
Hakim berkata, dakwaan Rosmah mungkin berlaku prejudis kerana beliau (Hakim Mohamed Zaini) akan membuat perbandingan antara kenyataan dan pembelaannya dalam kes ini, adalah tidak berasas.
"Dalam kes solar, apabila membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima kenyataan bagi mencabar tertuduh, saya memutuskan bahawa tiada soalan perlu ditanya berkaitan fakta kes pengubahan wang haram di sini.
"Semasa membuat keputusan itu, saya memutuskan bahawa nilai probatif bagi isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak melebihi kesan prejudis yang mungkin dialami oleh tertuduh.
"Dalam apa jua keadaan, peguam responden (Rosmah) semasa membuat penghujahan, meyakinkan saya bahawa isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kenyataan dalam kes solar tidak mempunyai kaitan dengan isu dalam kes ini," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah yang tidak hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Pada 2 Nov, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar itu boleh secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram tersebut.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak. - Gambar fail

HL Asset Management | Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Hong Leong Islamic Asset Management Berhad (HLISM) merangkul 14 daripada 20 anugerah yang dimenangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.

HFMD | Sabah rekod peningkatan 51 kali ganda
Sabah merekodkan trend peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak kira-kira 51 kali ganda iaitu, 2,834 kes bagi tempoh Januari hingga 16 Mei 2022 berbanding 55 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, lima daerah melaporkan kes tertinggi iaitu Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan 387 kes; Lahad Datu (308 kes); Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

Impak pemansuhan AP bahan makanan
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin, mengulas isu pemansuhan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia.

Sekuriti Makanan | Perlu dasar menyeluruh
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan permit import (AP) makanan. Pakar Pemasaran dan Polisi Pertanian, Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata krisis tiga penjuru yang berlaku ketika ini iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang Rusia-Ukraine bakal memberi impak kepada Malaysia.

HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan
Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa memantau supaya tempat-tempat penjagaan kanak-kanak menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Samseng Jalan Raya | Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW berwarna putih kerana memandu secara berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain, pada Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, tular di media sosial video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kejadian yang berlaku di kilometer (KM) 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Pemandu maut, kelindan cedera treler muatan tepung terbalik
Pemandu disahkan maut di lokasi kejadian manakala kelindan cedera.

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Rosmah bebas atau bersalah diketahui 7 Julai
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.

Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tun Mahathir dakwa akan disiasat
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.

Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

1MDB: Rosmah nafi terima kalung berlian merah jambu RM97.2 juta
Tindakan mengemukakan invois pada berbicaraan tersebut tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa Rosmah terlibat dalam pembelian kalung berlian merah jambu itu.

1MDB: Rosmah didakwa beli kalung berlian bernilai RM97.2 juta
Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang dicuri daripada skandal 1MDB.

Pembelaan Rosmah dalam kes rasuah hanya penafian semata-mata, kata pendakwaan
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah.