Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk penangguhan perbicaraan saman difailkan oleh sebuah firma barang kemas Lubnan yang menuntut pemulangan 44 butir barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang didakwa telah dihantar kepada isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilihat.
Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu.
Terdahulu, peguam Mohamed Reza Rahim, yang mewakili Rosmah berhujah bahawa mereka sedang menunggu rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah itu membenarkan Rosmah melanik seorang pakar barang kemas bebas bagi mengenal pasti dan mengesahkan bilangan barang kemas tersebut yang ketika ini dalam jagaan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Bagaimanapun, kami sedia, dan sanggup menyertai perbicaraan," kata beliau.
Peguam Datuk David Gurupatham, bertindak bagi pihak firma barang kemas, Global Royalty Trading SAL berkata perbicaraan sepatutnya berjalan hari ini kerana pemilik firma Lubnan itu Samir Halimeh bersedia untuk memberi keterangan.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Gurupatham berkata perbicaraan itu ditangguhkan oleh kerana terdapat rayuan belum diputuskan tentang isu juri (pakar barang kemas bebas).
"Jika anak guam saya beri keterangan dan pulang, maka ini akan memprejudis beliau. Walaupun (permohonan) penangguhan telah ditolak, terdapat rayuan belum diputuskan bagi mengenal pasti dan mengesahkan 44 butir barang kemas atau cuma hanya sebutir atau mana-mana daripadanya di mahkamah perlucutan hak.
"Jadi, kami putuskan untuk menarik balik kes, bergantung pada keputusan mahkamah perlucutan hak. Jika mahkamah itu menyatakan bahawa ada juri (pakar barang kemas bebas), maka kami akan ambil tindakan terhadap kerajaan atau Rosmah," kata beliau.
Ditanya sama ada beliau boleh memfail saman baharu, peguam itu berkata tidak ada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.
Dalam saman itu, Global Royalty mendakwa bahawa pada 10 Feb, 2018, ia telah menghantar 44 butir barang kemas termasuk kalung berlian, subang, cincin, rantai tangan dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 (RM519,183) dan AS$925,000 (RM3.8 juta) kepada defendan, diserah dengan tangan menrusi dua agennya.
Syarikat itu berkata Rosmah telah mengaku menerima barang-barang kemas tersebut dan bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas itu.
Syarikat itu mendakwa bahawa Rosmah, menerusi surat bertarikh 22 Mei 2018, juga mengesahkan dan mengakui ada menerima barang kemas itu tetapi menyatakan semua barang kemas itu tidak lagi dalam miliknya kerana telah dirampas dan diletakkan dalam simpanan pihak berkuasa Malaysia.
Global Royalty memohon agar mahkamah mengisytiharkannya sebagai pemilik sah semua barang kemas berkenaan dan bahawa milikannya tidak pernah berpindah tangan kepada defendan.
Ia juga memohon perintah mandatori agar Rosmah membekalkan senarai barang kemas yang dirampas, untuk dikembalikan, atau Rosmah membayar harga barang kemas itu bernilai AS$14.79 juta (RM59.83 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Pasukan Rosmah bagaimanapun bersedia dan sanggup menyertai perbicaraan. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Rosmah gagal tangguh prosiding dalam saman firma barang kemas Lubnan
Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu.