Lima kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital kerajaan kerana positif jangkitan Rotavirus dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr M. Sukumar berkata daripada tujuh kes jangkitan Rotavirus di Pulau Pinang, enam telah dimasukkan ke wad manakala seorang sebagai pesakit luar.
"Tiga kes di Hospital Bukit Mertajam, dua kes di Hospital Balik Pulau dan satu kes di hospital swasta. Kesemua lima kes dari hospital kerajaan telah discaj," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata hanya seorang pesakit masih dirawat di hospital swasta dan berada dalam keadaan stabil.
Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016
Dr Sukumar berkata daripada tujuh kes jangkitan Rotavirus di Pulau Pinang, enam telah dimasukkan ke wad manakala seorang sebagai pesakit luar. - fotoBERNAMA/Fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Rotavirus disyaki punca 16 kes muntah, cirit-birit, demam selepas kunjungi taman rekreasi
Rotavirus berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi.
Jabatan Kesihatan Melaka siasat kes Rotavirus
Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial semalam.
Taman Tema Air Bukit Merah dibuka semula hari ini
Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak 28 Sept lalu berikutan kes jangkitan gastroentritis akut (AGE) dan Rotavirus.
Bukit Merah Laketown Resort disaran guna klorinator elak Rotavirus, AGE
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempoh kontak air dengan klorin mesti mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk mengelak jangkitan.
Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit
Antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.