awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit

Bernama
Bernama
01/10/2016
23:16 MYT
Pengusaha pelancongan diminta utamakan kebersihan, elak penularan penyakit
Nolee Ashilin (gambar) berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong. -Bernama
Pengusaha industri pelancongan di Perak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mementingkan kebersihan kawasan sekitar bagi mengelak penularan virus seperti Rotavirus atau Zika.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.
"Bagaimanapun, industri pelancongan di negeri ini tidak terjejas meskipun terdapat kes jangkitan Rotavirus dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort.
"Saya difahamkan, Kementerian Kesihatan dan Bukit Merah Laketown Resort telah mengambil langkah perlu dalam mengekang insiden jangkitan virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata setakat semalam, tiada kes Rotavirus di Perak, sebaliknya terdapat 19 kes Gastroentritis Akut (AGE) yang direkodkan, setakat ini. Dr Venugopalan berkata semua kes AGE ini dipercayai positif selepas mandi di taman tema itu dengan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak.
AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air, sering dikaitkan dengan paip air yang tercemar dan antara simptomnya termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam selain kekejangan perut.
Terdahulu, Nolee Ashilin menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu kategori kayu, seramik/polimer, fabrik, plastik/getah dan bahantara bebas dan pertandingan reka bentuk terbaik yang memenangi hadiah utama bagi setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil penyertaan. -Bernama
Topic Berkaitan
#industri pelancongan di Perak
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#Rotavirus
#Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan