awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi lebih RM80,000 jadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud

Bernama
Bernama
11/06/2025
12:15 MYT
Rugi lebih RM80,000 jadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud
Polis berkata pada mulanya, mangsa telah melihat iklan cabutan bertuah melalui laman sosial dan menekan pautan disediakan untuk mendaftar serta mendapatkan maklumat lanjut. - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dan dua wanita kerugian keseluruhan sebanyak RM88,141.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada mulanya, mangsa telah melihat iklan cabutan bertuah melalui laman sosial dan menekan pautan disediakan untuk mendaftar serta mendapatkan maklumat lanjut.
Beliau berkata mangsa kemudiannya mengisi maklumat diri dan butiran perbankan peribadi dengan harapan memenangi cabutan bertuah berkenaan.
"Kejadian pertama berlaku pada 31 Mei lepas melibatkan seorang guru lelaki berusia 38 tahun yang kerugian sebanyak RM63,141.50.
"Mangsa hanya menyedari kehilangan wang lima hari selepas kejadian dan selepas diperiksa, terdapat 49 transaksi wang dari akaun bank miliknya ke tujuh akaun lain yang tidak dikenali dalam masa hanya dua hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata kejadian kedua pula berlaku pada 1 Jun melibatkan seorang pengarah syarikat berusia 58 tahun yang kerugian sebanyak RM15,000 manakala mangsa ketiga ialah seorang doktor wanita berusia 50 tahun yang kehilangan wang simpanan sebanyak RM10,000 dalam kejadian pada 5 Jun.
"Kita telah berulang kali menasihati orang ramai supaya tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan di laman sosial.
"Jangan memberikan maklumat peribadi dan perbankan secara sembarangan kerana banyak sindiket penipuan yang hanya menunggu mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#cabutan bertuah tidak wujud
#Polis Daerah Kuala Terengganu
#rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan