Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengariskan dua aspek dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan menjaga keselamatan negara.

Perkara tersebut adalah penerimaan minda terhadap sistem nilai dan institusi bagi menerapkan kefahaman mengenai perpaduan dalam kepelbagaian.

Jelas Najib, antara institusi yang mampu memainkan peranan tersebut adalah pelaksanaan Rukun Tetangga.

"Selain sekolah,keluarga dan sukan, rukun tetangga juga merupakan institusi yang mengukuhkan perpaduan nasional," kata Najib.

"Lebih banyak kita wujudkan lebih beraya kita untuk mengerakkan malaysia kearah pembentukan perpaduan nasional yang sejati" katanya lagi.

Jelasnya Najib kewujudan rukun tetangga juga mampu mengurangkan kadar jenayah.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), disini.