KOTA BHARU:Satu keluarga dari Kampung Surau Kota di sini berhadapan dengan saat mencemaskan apabila rumah yang didiami hampir 40 tahun ranap di bahagian dapur akibat hakisan banjir Sungai Kelantan.
Rosmah Deraman, 48, berkata kejadian kira-kira 7 malam semalam itu menyebabkan empat tiang di bahagian dapur rumah runtuh sekali gus menyebabkan lantai kayu menjadi tidak rata.
"Ketika kejadian, saya baru pulang dari Wakaf Che Yeh dan mendapat panggilan daripada anak, Nik Mohd Amirul Aiman Nik Lah, 15, memberitahu bahagian belakang rumah sudah dihanyutkan arus deras sungai ketika banjir ini.
"Syukurlah anak saya Nik Mohd Amirul Aiman dan Nik Siti Norhidayah Nik Lah (27 tahun), dan dua cucu, Nik Muhammad Adam Darwisy Nik Hilmi Khoidir (6) dan Nik Nur Izara Aisyah (3) sempat menyelamatkan diri setelah mendengar dentuman kuat dan mendapati tanah di belakang rumah menggelongsor perlahan-lahan," katanya ketika ditemui di Kampung Surau Kota hari ini.
Rosmah berkata hakisan sungai di belakang rumahnya didapati berlaku sejak enam tahun lepas iaitu paling ketara selepas banjir besar 'Bah Kuning 2014' dan kini jarak rumah dengan arus sungai hanya 0.3 meter sahaja.
Rosmah yang menjual surat khabar di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini berkata sebelum berlaku hakisan, rumah tersebut dibina jauh dengan tebing iaitu 500 meter dari jarak tapak rumah, namun ia terhakis sedikit demi sedikit setiap kali berlaku banjir.
"Apabila tiba musim tengkujuh, kami sekeluarga tidak lena tidur kerana terlalu bimbang rumah ini dihanyutkan sungai. Sekarang apa yang kami takuti sudah berlaku dan bernasib baik kerana ada penduduk memberi tumpang duduk di rumah kosong untuk kami berpindah tengah malam semalam.
"Keadaan ini menambah kerisauan tambahan pula saya menghidap penyakit tiroid sejak 1997 dan asma kronik," katanya.
Beliau merayu bantuan sebuah rumah daripada pihak berkaitan kerana pendapatan yang diperoleh RM20 sehari sekadar mampu membeli makanan dan keperluan harian sahaja, manakala suaminya Nik Lah Su, 49, hanya mengambil upah menebang pokok dengan pendapatan purata RM400 sebulan.
DI KUALA KRAI, lebih 100 penduduk Kampung Gilat mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan apabila jalan raya yang menjadi laluan penghubung utama mereka digenangi air sedalam tiga meter susulan banjir gelombang ketiga yang melanda sejak Rabu lepas.
Seorang penduduk Faridah Mat Sin, 61, berkata beliau sekeluarga hanya mengalas perut secara ala kadar sahaja sejak beberapa hari lepas dengan bekalan makanan yang sedia ada sehingga terpaksa mencatu kerana khuatir akan kehabisan makanan.
"Namun, syukurlah sumbangan bantuan tiba tepat pada waktunya (hari ini) ketika kami sangat memerlukan. Bagaikan rezeki turun dari langit. Inilah sumbangan pertama diterima oleh penduduk di sini yang telah terputus bekalan makanan sejak Rabu," luah Faridah.
Terdahulu, beliau serta penduduk lain menerima sumbangan barangan keperluan asas menerusi Misi Banjir McDonald's Malaysia dengan kerjasama Balai Polis Kuala Krai yang dihadiri oleh Ketua Jajahan Kuala Krai Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad dan Pengurus Operasi McDonald's Malaysia Bahagian Pantai Timur Safna Sepian.
Seorang lagi penduduk di kampung yang sama Safiah Ibrahim, 45, berkata beliau bersyukur dengan bantuan barangan keperluan yang diberikan sekali gus dapat meringankan beban beliau sekeluarga terutamanya ketika menghadapi musibah banjir.
"Lagi meresahkan, saya mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) berusia 18 tahun namun kini saya mampu menarik nafas lega," katanya.
Sementara itu, Safna berkata misi bantuan banjir kali ini menumpukan mangsa banjir yang terputus hubungan melibatkan barangan kering, ubat-ubatan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Rosmah berkata, kejadian itu menyebabkan empat tiang di bahagian dapur rumah runtuh sekali gus menyebabkan lantai kayu menjadi tidak rata. - BERNAMA

Niaga AWANI: Era baru Biden-Harris, OPR dan Ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Gembleng usaha ringan beban pasca banjir
Topik ini kita akan bincangkan bersama dua tetamu yang bersedia melalui talian Skype iaitu Datuk dr. Mohd. Nizar sudin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA dan Khairul Khalil Ishak, Presiden Alumni YPM.

AWANI Ringkas: Ringgit diramal terus kukuh | Permintaan kepada barisan hadapan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Banjir Sarawak: Hanya Bahagian Serian masih terjejas
Banjir di Sarawak menunjukkan penurunan apabila hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Bahagian Serian.

Cukup sedih! Nak masuk rumah, mangsa banjir terpaksa korek tanah dulu - Fizz Fairuz
Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Johor pulih sepenuhnya
Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.

Kabin terapung 'penyelamat' barangan mangsa banjir
Berinspirasikan daripada sangkar ikan, mencetuskan idea buat seorang anak jati Temerloh untuk membina sebuah kabin terapung bagi menyimpan peralatan elektrik dan barangan berharga ketika banjir.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

Banjir Sarawak: Setakat 4 petang, mangsa di PPS hanya tinggal 679
Setakat jam empat petang ini, Kuching kekal dengan 113 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Haji Kamaruddin Segedup.

Banjir Sarawak makin surut, jumlah mangsa dan PPS menyusut
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menyusut kepada 1,208 orang berbanding 1,800 mangsa jam 8 pagi tadi.

Banjir di Sabah semakin memburuk, sembilan daerah terjejas
Hujan lebat berterusan sejak petang Sabtu merekodkan sebanyak sembilan daerah di Sabah terkesan dengan banjir pada setakat 10 pagi ini.

Pengalaman dua generasi berbeza tempuhi banjir di Sarawak
Perkongsian pengalaman daripada dua individu yang menghadapi banjir pada dua zaman berbeza.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, Serian kekal 10 PPS
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini.