awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kebajikan retak, banjir lumpur di Hulu Langat

Bernama
Bernama
26/11/2012
23:28 MYT
Rumah kebajikan retak, banjir lumpur di Hulu Langat
Penghuni Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) di Hulu Langat panik selepas tembok asrama itu retak dan membawa bersama banjir lumpur ketika hujan lebat, pada 3.30 petang Isnin.
Presiden Perkid Masridzi Sat berkata kejadian di bahagian belakang asrama wanita itu telah dimaklumkan oleh isterinya yang ketika itu bersama empat orang penghuni berada di bahagian dapur, tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan yang kuat.
"Selepas keluar untuk melihat keadaan, mereka dapati tembok asrama ini retak dan condong diikuti dengan banjir lumpur sehingga paras buku lali di bahagian dapur dan rumah kakitangan," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata keretakan itu dipercayai berpunca daripada bebanan sisa kerja membaik pulih longkang yang ditimbunkan di bahagian tembok asrama itu.
"Kontraktor buat kerja-kerja binaan, tetapi sisa bahan yang digunakan diletakkan di tepi tembok asrama ini. Dalam keadaan hujan lebat, mungkin bebanan yang kuat menyebabkan keretakan ini," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian itu melibatkan keretakan tanah di bahagian belakang asrama itu tidak melibatkan struktur bangunan.
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#Hulu Langat
#perkid
#rumah kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan