Fasa pertama pembangunan rumah mampu milik berhampiran dengan tiga stesen transit aliran ringan (LRT) di Lembah Klang dijadualkan dilancarkan dalam suku ketiga atau keempat tahun ini. Pembangunan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek itu adalah sebahagian daripada perkongsian strategik antara PR1MA dan Syarikat Prasarana Negara Bhd untuk membina rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan sederhana di enam stesen LRT di Lembah Klang.
Perbincangan sedang berlangsung bagi pembangunan 2,000 unit berhampiran stesen LRT Jelatek, Glenmarie (Subang) dan Putra Heights.
"Bagi fasa pertama, sejumlah 2,000 rumah PR1MA akan dibina di Pandan Jaya, Pandan Indah dan Taman Cempaka, di atas tanah seluas 7.04 hektar," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.
Beliau berkata tiga lokasi permulaan itu menjadi tumpuan ramai mereka yang berpendapatan sederhana, dan pembangunan itu lebih disasarkan kepada individu dan keluarga muda yang berhasrat memiliki rumah pertama mereka.
"Unit-unit apartmen kami berukuran 750 kaki persegi bagi unit 1+1 bilik tidur studio-plus dan 1,200 kaki persegi bagi unit 3+1 bilik tidur," jelasnya.
Abdul Mutalib berkata harga bagi rumah-rumah itu akan diumumkan kemudian nanti, tetapi PR1MA komited untuk memastikan bahawa ia 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa bagi unit-unit serupa dalam kawasan pembangunan itu.
"Kami menjangkakan permintaan tinggi daripada orang ramai bagi unit-unit ini disebabkan oleh lokasi utamanya dan kemudahan keluar masuk ke rangkaian LRT," katanya.
Mereka yang berminat untuk memohon bagi unit-unit ini boleh mendaftar di www.pr1ma.my.
Pengarah Urusan Prasarana Group, Datuk Shahril Mokhtar, berkata syarikat itu berbesar hati dapat bekerjasama dengan PR1MA untuk mendirikan rumah-rumah mampu milik yang menyediakan perhubungan pengangkutan awam yang sangat baik bagi orang ramai.
"Selain meningkatkan sistem pengangkutan awam, kami komited untuk melakukan perkara yang sama bagi kualiti hidup rakyat dengan membina rumah dan kemudahan komersial berkualiti di atas tanah sekitar stesen LRT kami," tegas beliau.
Menyebut satu contoh pembangunan yang serupa di Hong Kong, Shahril berkata "Projek Pembangunan Berorientasikan Transit" akan mencetuskan gaya hidup baharu bagi warga Malaysia.
Bernama
Thu May 02 2013
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.