Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (kanan) memegang buku Dasar Komuniti Negara pada majlis pelancaran dasar berkenaan di Padang Awam Puchong Indahi. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Dasar Komuniti Negara hari ini berkata, walaupun banyak halangan, Kerajaan akan cuba untuk tunaikan janji-janji.
Katanya, tidak ada makna sekiranya negara mencapai pembangunan yang tinggi, tetapi rakyat masih dibelenggu dengan masalah perumahan.
Sehubungan itu, Kerajaan setiap masa akan memikirkan dan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.