awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah penduduk rosak akibat ribut, hujan lebat lebih 2 jam di Sungai Manik

Aida Aziz
Aida Aziz
06/07/2023
22:15 MYT
Rumah penduduk rosak akibat ribut, hujan lebat lebih 2 jam di Sungai Manik
APM Hilir Perak mendapati enam buah rumah terjejas teruk dan rosak di bahagian bumbung dalam kejadian ribut di Sungai Manik petang semalam. - Foto APM Perak
PASIR SALAK: Hujan lebat yang berterusan lebih dua jam disusuli dengan ribut mengakibatkan beberapa rumah di kawasan Sungai Manik, di sini, rosak dan bumbung tercabut diterbangkan angin petang semalam.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Hilir Perak, sebanyak empat kawasan terjejas yang membabitkan enam buah rumah penduduk.
"APM Hilir Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang dan jentera digerakkan ke lokasi bagi memantau dan membuat penilaian risiko di kawasan ribut.
"Setibanya di lokasi mendapati terdapat enam buah rumah yang terjejas teruk dan rosak di bahagian bumbung.
Foto APM Perak
Foto APM Perak
"Lokasi yang terjejas ialah Parit 12B Sungai Manik (2 rumah), Parit 10B Sungai Manik (dua rumah), Jalan Sg Tukang Sidin (satu rumah) dan Jalan Klinik Kg Sg Tukang Sidin (satu rumah)," katanya kepada pemberita.
Jelasnya lagi, keadaan di kawasan tersebut masih hujan dan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka.
Foto APM Perak
Foto APM Perak
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#ribut
#Sungai Manik
#bumbung rumah diterbangkan angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan