Cadangan mewujudkan rumah perlindungan khas sebagai penempatan sementara bagi lelaki yang didera isteri, kini dilihat sebagai satu tindakan wajar dan perlu.
Pensyarah dalam bidang Psikologi Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia Muhammad Ajib Abd Razak berkata di negara barat, rumah perlindungan sedemikian telah lama wujud, malah pelbagai modul dan intervensi digunakan secara komprehensif bagi membantu golongan berkenaan.
"Hal ini kerana, masyarakat barat bersifat terbuka dan berpaksikan prinsip hak asasi manusia," katanya kepada Bernama di sini.
Berbeza di Malaysia, rumah perlindungan sedemikian mungkin tidak dilaksanakan lagi disebabkan persepsi negatif, stigma dan prejudis terhadap golongan suami yang didera itu.
"Ini melihat kepada situasi dalam konteks amalan budaya, agama, bangsa dan etnik masyarakat di negara ini iaitu suami dilihat selaku simbol pemimpin dan pembimbing ke atas kaum isteri," katanya.
Justeru, Muhammad Ajib berkata pelaksanaan cadangan itu juga perlu mengambil kira aspek kerahsiaan dan perlindungan peribadi mereka yang terlibat.
"Cadangan ini juga dilihat dapat memberikan ruang kepada lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dalam permasalahan rumah tangga. Mereka juga perlukan bantuan perundingan seperti kaunseling, nasihat daripada golongan ulamak atau anggota keluarga," katanya.
Baru-baru ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan membina rumah perlindungan khas bagi lelaki yang menjadi mangsa dalam keganasan rumah tangga.
Rohani berkata golongan itu turut berdepan dengan situasi sama seperti wanita.
Orang ramai yang ditemui Bernama bagi mengulas cadangan itu turut memberikan reaksi positif.
Mohd Azlan Abu, 35, berkata cadangan itu adalah relevan dengan kehendak zaman:"Rumah perlindungan itu boleh dijadikan sebagai pusat sementara untuk mencari ketenangan.
Kesan yang diterima oleh lelaki adalah sama seperti wanita dan boleh mengakibatkan lelaki itu turut hilang keyakinan diri," katanya lagi
Selain itu, Hafis Mazlan, 45, berkata cadangan pembinaan itu perlu dilengkapkan dengan modul tertentu dan bersesuaian.
"Lelaki yang didera juga boleh mengalami kesan trauma sehingga menjadi terlalu curiga dan panik apabila berhadapan dengan wanita," katanya.
Bernama
Tue Mar 15 2016
Di negara barat, rumah perlindungan sedemikian telah lama wujud, malah pelbagai modul dan intervensi digunakan secara komprehensif bagi membantu golongan berkenaan. - Foto hiasan
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Rumah perlindungan khas lelaki mangsa didera isteri wajar diwujudkan
Cadangan mewujudkan rumah perlindungan khas bagi lelaki yang didera isteri, kini dilihat sebagai wajar dan perlu.