awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Rakyat Pahang diperluas ke tanah rancangan Felda

Bernama
Bernama
29/10/2021
05:31 MYT
Rumah Rakyat Pahang diperluas ke tanah rancangan Felda
Wan Rosdy berkata, RRP itu akan dibina di atas tanah hak milik ibu bapa mereka iaitu generasi pertama Felda dengan syarat semua ahli keluarga memberikan persetujuan. - Bernama
KUANTAN: Projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 sebuah secara percuma kepada mereka yang layak akan diperluas ke kawasan tanah milik di kawasan tanah rancangan Felda di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan itu yang diputuskan Rabu lepas bertujuan membantu golongan memerlukan dalam kalangan generasi kedua Felda memiliki rumah sendiri.
"RRP itu akan dibina di atas tanah hak milik ibu bapa mereka iaitu generasi pertama Felda dengan syarat semua ahli keluarga memberikan persetujuan.
"Semakan undang-undang mendapati tiada halangan untuk membina rumah tersebut di tanah berkenaan selain Felda juga tidak mempunyai halangan dalam pelaksanaannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk memudah cara pelaksanaan RRP di kawasan mereka bagi memanfaatkan penerima rumah bantuan itu.
Pegawai daerah pula diingatkan untuk mengenal pasti dan memilih mereka yang layak menerima RRP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah rakyat pahang
#Felda
#tanah rancangan
#projek perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan