Seorang lelaki bertindak nekad terjun dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah kediamannya terbakar dalam kejadian di Kampung Patok, Dalat, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Kamil Sebil, 53, yang tinggal seorang diri dalam rumah pusaka keluarganya, melecur 30 peratus di kedua-dua belah tangan serta melecur sedikit di bahagian muka.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Rasit Morni berkata, Pasukan Bomba Komuniti Oya yang tiba awal di lokasi kira-kira jam 1.50 tengah hari telah mengambil tindakan membantu mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah berhampiran.
Menurutnya, semasa pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah tiba di lokasi jam 2.01 petang api sedang marak dan kebakaran berjaya dikawal jam 2.40 petang.
Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan gempar seketika apabila mangsa yang mendiami rumah kayu dua tingkat yang telah 90 peratus musnah itu tidak kelihatan dan dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran tersebut.
"Kita berusaha mengesan di dalam rumah terbakar itu dan juga meminta ahli-ahli keluarga mangsa turut mencari sekitar kampung. Namun didapati tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa terperangkap," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, katanya, terdapat kesan beberapa bekas tapak kaki di tepi rumah, dipercayai tempat mangsa terjun sebelum mangsa ditemukan oleh penduduk kampung di satu pangkalan, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.
Beliau berkata, selepas terjun dari rumah tersebut mangsa kemungkinan telah terjun ke dalam sungai menuju ke pangkalan tersebut.
Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 11 2018
Mangsa, Kamil Sebil, 53, yang tinggal seorang diri dalam rumah pusaka keluarganya, melecur 30 peratus di kedua-dua belah tangan serta melecur sedikit di bahagian muka. - Gambar hiasan
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Rumah terbakar, lelaki nekad terjun selamatkan diri
Seorang lelaki terjun dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah kediamannya terbakar dalam kejadian di Mukah, Sarawak.