NATIONAL
Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
TAPAH: Tiga rumah dan sebuah sekolah rosak selepas berlaku letupan akibat kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pahang, Jalan Pahang di sini pada Ahad.
Ringkasan AI
- Kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Pahang, Jalan Pahang menyebabkan letupan yang merosakkan tiga rumah, sebuah sekolah, dan sebuah kenderaan Perodua Myvi.
- Kebakaran tersebut memusnahkan 60 peratus rumah sebelum letupan berlaku, namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.
- Punca kejadian masih dalam siasatan, dan operasi pemadaman api melibatkan 14 anggota bomba serta empat jentera tamat pada jam 8.45 pagi.
"Akibat letupan itu, tiga buah rumah, sebuah sekolah dan sebuah kenderaan Perodua Myvi terjejas disebabkan impak letupan berkenaan.
"Bagaimanapun tiada mangsa yang mengalami kecederaan akibat kejadian itu dan punca kejadian sedang dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sabarodzi berkata, tiga rumah yang terjejas itu hanya mengalami kerosakan kecil melibatkan siling dan cermin tingkap pecah.
Katanya, sebuah sekolah berhampiran juga turut mengalami kerosakan siling dan cermin di beberapa bahagian di sekolah tersebut turut pecah.
Tambahnya, sebuah kenderaan Perodua Myvi yang di parkir di sekolah tersebut juga turut terjejas apabila cermin bahagian belakang kereta tersebut juga pecah.
Beliau berkata, operasi yang disertai 14 anggota bersama empat jentera itu tamat jam 8.45 pagi. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami