Hasrat seorang pemandu lori untuk beraya pertama di rumah baru tidak kesampaian apabila rumah yang dijangka siap pada bulan ini terus terbengkalai.

Semuanya gara-gara kontraktor yang dilantik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menghilangkan diri sehingga kini.

Mengikut jadual Rumah Mesra Rakyat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM65,000 itu mula dibina pada pertegahan Mei lalu dan dijangka siap pada penghujung bulan ini namun lain yang berlaku.

Menurut Mohd Khaizarul Zahari, 26, beliau binggung kerana rumah sewa yang menjadi tempat berlindung bersama isteri dan dua orang anak selama ini telah dibeli orang dan menunggu masa untuk keluar.

Tambah beliau rumah yang dipohon telah diterima namun gagal disiapkan syarikat kontraktor itu walaupun selama ini mengharapkan dapat menetap di rumah yang lebih selesa.

Berikutan masalah itu, beliau menghubungi kontraktor terbabit beberapa kali namun alasan sama yang diberikan iaitu mereka akan dating nanti.

Bagaimanpun sehingga kini tapak itu dibiarkan kosong tanpa sebarang pembinaan.

Menceritakan perkara itu Khaizarul berkata setelah permohoan diterima dari SPNB pada April lalu, kontraktor berkenaan bertindak menghantar pasir, batu, dan besi di tapak rumahnya di Kampung Alor Mengkuang, Mukim Bukit Raya, Pendang untuk memulakan pembinaan.

Tapak rumah itu terletak bersebelahan rumah ayahnya dan mempunyai geran dan ketika ditinggalkan hanya besi-besi diikat dan dipacak.

Bagi membolehkan permohonan diterima, beliau bersusah payah menambun tanah untuk dijadikan tapak dengan 100 lori tanah dengan kos kira-kira RM7,000.

Kontraktor yang bertanggunjawab itu hanya sempat menyiapkan besi yang dilakukan sengan seorang pekerja warga asing.

Beliau begitu kecewa akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana meranapkan hasrat mereka menetap di rumah yang lebih selesa bersama ana-anak yang masih kecil terutama menjelang Hari Raya ini.

Khaizarul bakal menanggung risiko berpindah ke rumah lain kerana rumah yang di sewa sejak dua tahun di Kota Sarang Semut, Alor Setar telah dibeli pihak lain.

Lebih membimbangkan ialah perjanjian antara pihak SPNB dengan pihak kontraktor bagi membina Rumah Mesra Rakyat tersebut akan tamat pada 31 Julai ini.

Beliau berharap agar pihak SPNB bertindak segera dengan menukar kontraktor baru bagi menyiapkan rumah tersebut.

Beliau berharap agar kontraktor terbabait dapat datang dan menyiapkan rumah beliau atau beliau terpaksa mengambil tindakan pada pihak berkuasa.

“Saya kecewa degan kejadian ini. Rumah saya terbengkalai dan sepatutnya sudah siap keranakami sekeluarga mahu berhari raya disitu. Tetapi sekarang lain pula yang jadi, rumah yang saya menyewa sekarang sudha pun dibeli oleh pihak lain dan saya perlu keluar dengan segera. Saya tiada pilihan buat amsa ini selain tinggal buat sementara waktu di rumah ayah saya,” kata Khizarul.

Menurut Khairulzaman, beliau tidak mampu membina rumah sendiri memandangkan beliau bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM800 sebulan, tambahan pula isteri beliau merupakan seorang suri rumah.

Berikutan itu beliau telah membuat laporan di Balai Polis Pendang Isnin lalu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kontraktor terbabit mempermainkan hati dan perasaan ahli keluarga lain.

Malah tinjauan mendapati segala peralatan seperti mesin bancuh simen, batu, pasir dan besi dibiarkan di tapak rumah berkenaan.

Rumah Mesra Rakyat mengikut perancangannya akan mempunyai tiga buah bilik dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi ditanah milik ahli keluarga sendiri.