awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf

Bernama
Bernama
08/04/2023
10:06 MYT
Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pada 25 April - Ab Rauf
Ab Rauf berkata sambutan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung mengikut jadual selepas penyelarasan yang akan diumumkan nanti. -Gambar fail
ALOR GAJAH: Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung mengikut jadual selepas penyelarasan yang akan diumumkan nanti, dan sehubungan itu semua penduduk Melaka dijemput hadir pada hari berkenaan untuk sama-sama meraikannya.
"Rumah Terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO peringkat Negeri Melaka pula akan dianjurkan di Kampung Pulau, dengan tarikhnya akan diumum kelak," katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Tautan Kasih 2023 Universiti Melaka (UNIMEL) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri merangkap Canselor UNIMEL Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama pengerusi Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Prof. Dr Mohd Roslan Mohd Nor.
Pada majlis berkenaan pelbagai bentuk sumbangan disampaikan termasuk komputer riba kepada 20 penuntut UNIMEL dengan peruntukan RM66,596, bantuan yuran kepada 89 penuntut Kolej Antarabangsa Sains dan teknologi Melaka (MiCoST) dan sumbangan program Jom Ke Sekolah 2023 yang berupa set persekolahan bernilai RM148.10 kepada 500 penerima yang kurang berkemampuan di sekitar negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#rumah terbuka Aidilfitri
#Melaka
#MITC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan