KUALA LUMPUR: Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Kedah bukan kempen politik malah berjaya meredakan suhu kebencian politik dalam kalangan rakyat, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Beliau yang hadir pada program berkenaan yang diadakan di Hotel Raia, Alor Setar berkata rakyat yang hadir juga bersalaman dan berswafoto tanpa mengira darjat dan bergaul mesra tanpa mengira parti dan kecenderungan politik, agama dan kaum, serta kaya atau miskin.
Mohammad Agus menegaskan tidak ada pun pengunjung yang kisah tentang dakwaan rumah terbuka itu membazir, menggunakan duit rakyat dan sebagai kempen pilihan raya.
"Majlis ini bukan program VVIP, bukan program kempen politik, tetapi majlis meraikan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat.
"Melihat kemeriahan majlis ini, saya tegaskan majlis tadi bukan pembaziran. Mana mungkin amalan mulia memberi makan dan menyantuni rakyat marhaen satu pembaziran. Lagi mulia kerana ia menyambung silaturrahim sesama insan, hanya setahun sekali," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata rumah terbuka berkenaan yang menyaksikan kehadiran ribuan pengunjung adalah bukti kejayaan penganjuran program terbabit oleh Kerajaan Perpaduan sekali gus merupakan promosi terbaik bagi negeri Kedah.
"Justeru hebat dan meriahnya majlis tadi, selepas ini, saya berhasrat untuk turut meraikan majlis selanjutnya yang akan diadakan di UiTM Permatang Pauh pada 6 Mei, Seremban pada 7 Mei, Kota Bharu pada 12 Mei, Kuala Terengganu pada 13 Mei, dan kemuncaknya di Batu Caves pada 14 Mei.
"Setelah acara selesai, saya pulang dengan satu ungkapan: Happy dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan seagama setelah sebulan berpuasa. Happy dapat bergaul dengan rakyat dari pebagai bangsa yang hadir. Hebatnya Malaysia Madani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI, hari ini. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.
Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.
Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.
Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran.
Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang
Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik.
'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya.
Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.