KUALA LUMPUR: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bakal diadakan.
"Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya.
"Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan).
"Kerajaan Negeri Selangor juga perlu sedar disebabkan penganjuran rumah terbuka ini menggunakan sumber kerajaan negeri, maka mereka perlu memastikan bahawa majlis tersebut tidak digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan calon daripada komponen parti kerajaan.
“… dan seterusnya berkempen dengan memasang bendera dan kaedah-kaedah kempen yang lain yang bertujuan untuk memenangkan calon mereka," kata Bersih dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Bersih turut menegaskan, penggunaan sumber kerajaan bukan sementara seperti Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan semasa tempoh pilihan raya kecil seperti di PRK KKB ini perlu mematuhi prinsip 3C yang digariskan oleh BERSIH sebelum ini iaitu No Conditions (Tanpa Syarat), No Campaign (Tanpa Kempen) dan No Candidate (Tiada Calon).
Justeru itu, Bersih juga mengingatkan parti-parti politik atau mana-mana calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya itu dan bercadang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat parti atau kapasiti masing-masing supaya tidak berbuat demikian kerana aktiviti tesebut adalah bercanggah dengan AKPR.
"Bersih sekali lagi menegaskan kepada semua pihak yang akan bertanding dalam PRK KKB ini terutamanya pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan agar mematuhi etika kempen pilihan raya supaya pilihan raya di negara kita dapat berjalan dengan bersih dan adil,” kata Bersih lagi.
PRK kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian dilangsungkan pada 11 Mei depan.
Afiezy Azaman
Fri Apr 26 2024
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bakal diadakan. - Gambar fail
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.