Skip to main content

Malaysia

Rumah, tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Gerik

51667538769_TBterbakar.jpg
GERIK: Sebuah rumah dan tiga buah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Kampung Lalang, dekat sini, hari ini.

Bagaimana, kejadian tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 30’ X 50’ musnah terbakar 85 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan tiga buah motosikal musnah terbakar keseluruhan 95 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.

Anggota bomba menggunakan dua aliran hos 300 kaki dua pancutan air dari pili bomba untuk memadamkan kebakaran. - Foto JBPM

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan dua aliran hos 300 kaki dua pancutan air dari pili bomba untuk memadamkan kebakaran.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kaman II Zulhelmi Bahari tamat jam 9.17 pagi.




Advertisement

Must Watch Video