awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan akan diadakan dengan Thailand, masukkan Malaysia dalam senarai negara risiko rendah

Bernama
Bernama
17/10/2021
15:33 MYT
Rundingan akan diadakan dengan Thailand, masukkan Malaysia dalam senarai negara risiko rendah
JOJIE: Jumlah kes di Malaysia sudah menunjukkan penurunan kerana kadar vaksinasi yang tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
BANGKOK: Rundingan akan diadakan untuk memasukkan Malaysia dalam senarai negara berisiko rendah bagi membolehkan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 dikecualikan menjalani kuarantin wajib 14 hari ketika memasuki Thailand.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata Thailand merancang menamatkan kuarantin kepada pelawat lengkap divaksin dari negara berisiko rendah yang menggunakan perkhidmatan udara mulai 1 Nov, memandangkan situasi COVID-19 di negara itu semakin baik.
Namun, Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.
"Jumlah kes di Malaysia sudah menunjukkan penurunan kerana kadar vaksinasi yang tinggi. Sehingga kini, terdapat lebih 90 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.
"Oleh itu, kita sedang dalam perbincangan dan lihat bagaimana Malaysia boleh dimasukkan dalam senarai berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, Jojie menghadiri sesi kecergasan dengan rakyat Malaysia di Bangkok, pegawai kedutaan dan ahli keluarga mereka sempena Hari Sukan Negara pada 9 Okt.
Minggu lepas, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengumumkan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 dari sekurang-kurangnya 10 negara berisiko rendah, yang tiba melalui perkhidmatan udara dikecualikan daripada menjalani kuarantin, mulai 1 Nov.
Negara berisiko rendah itu termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat.
Setakat ini, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) belum memuktamadkan senarai berkenaan.
Namun, media tempatan melaporkan terdapat lebih 10 negara termasuk dalam senarai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan
#Thailand
#Malaysia
#negara berisiko rendah
#vaksin
#COVID-19
#Duta Malaysia ke Thailand
#jojie samuel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan