KAPIT: Ketika negara ini diancam COVID-19, wanita ini tampil meminjamkan badannya untuk menjadi penghubung kepada masyarakat di Kapit dan Song, Sarawak mendapatkan keperluan asas.
Jenny Tawan bukan sahaja seorang isteri dan ibu yang cekal, tetapi juga wirawati penduduk di Kapit.
Dia ambil keputusan menjadi 'runner' sepenuh masa mengambil dan menghantar pesanan dengan motosikalnya.
Hujan, panas, dan banjir diredah ibu kepada dua anak ini bagi memastikan keperluan masyarakat yang pada waktu itu tidak dapat keluar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan pergerakan sampai ke tangan mereka.
Namun, hampir setahun menjadi 'runner', wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia 'tumbang' akibat virus jahat COVID-19 sejak 10 hari lalu.
Wartawan Astro AWANI, Nuzuluddin Abdul Razak yang mahu bertanya khabar Jenny menerusi aplikasi WhatsApp terkejut dengan perkhabaran itu.
"Saya di Hospital Kapit ini kerana positif COVID-19. Saya demam, sesak nafas dan kekurangan oksigen dalam badan hingga pengsan," balasnya kepada pemberita.
Jenny mula menjadi penghuni wad rawatan COVID-19 sejak 23 April lalu memberitahu, suaminya juga disahkan positif dan kini ditempatkan di Dewan Suarah Kapit yang merupakan Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah (PKRC).
BACA: Demi kelangsungan hidup, ibu anak dua jadi 'runner' untuk penduduk Kapit, Song
Menceritakan lanjut, anak Jenny yang berusia 16 tahun kini memikul amanah menjaga adiknya berusia empat tahun yang disahkan negatif dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
"Abang dialah yang mengasuh adiknya. Dia masih kecil masih perlukan saya dan ayah dia. Tapi saya yakin mereka lebih kuat daripada saya,” katanya lagi.
Ditanya dari mana dipercayai dijangkiti itu bermula, Jenny tidak menolak kemungkinan mereka dijangkiti dari kontak rapat semasa mereka bekerja.
Sementara itu, rumah panjang mentuanya di Kampung Sayur Jalan Bukit Goram, Kapit juga diserang virus tersebut.
Katanya, pihak Pejabat Kesihatan Kapit telah mengumumkan terdapat lebih 50 individu di rumah panjang tersebut telah dijangkiti virus berkenaan dan sedang menerima rawatan susulan di PKRC dan hospital.
Siapa menyangka Jenny dan suami menjadi penyumbang kepada 585 kes positif di Bahagian itu dalam tempoh 14 hari lalu.
Apa yang diharap, doa semua pihak untuk memastikan dia dan suami kembali sembuh demi keluarga serta dua anak tersayang.
"Ini perjuangan baharu bagi saya, perjuangan untuk kekal kuat, bersemangat dan menentang habis-habisan virus ini," katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon May 03 2021
Apa yang diharap, doa semua pihak untuk memastikan dia dan suami kembali sembuh demi keluarga serta dua anak tersayang.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Runner wanita Kapit kini terlantar akibat COVID-19
Hampir setahun menjadi 'runner', wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia 'tumbang' akibat virus jahat COVID-19 sejak 10 hari lalu.