KAPIT:Walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di daerah Kapit dan Song telah ditamatkan pada 14 Februari lalu, aktiviti sosial dan ekonomi penduduk masih perlahan.
Peningkatan kes di daerah tersebut membuatkan penduduk takut untuk keluar dan lebih selesa duduk di rumah selain membeli barangan melalui khidmat penghantaran barang.
Melihat kepada situasi itu, seorang penghantar barangan wanita, Jenny Tawan bijak ambil peluang menjadi 'runner' menghantar pelbagai barang dari rumah ke rumah di sekitar Kapit dan Song.
Akui Jenny, semua itu bermula selepas suaminya hilang pekerjaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
"Semasa suami saya hilang pekerjaan, saya nak beli barang dapur, lampin pakai buang, dan susu formula untuk anak saya sangatlah susah.
"Ada masa saya menangis tidak tahu yang perlu dibuat sehingga kawan saya meminta saya membelikannya barang. Kemudian saya tolong beli dan hantar ke rumahnya. Dari itu, saya terpikir untuk menjadi 'runner' bagi memudahkan urusan orang lain sekali gus saya mendapat upah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menceritakan lebih lanjut, Jenny berkata pada awal karier baharunya itu sangat mencabar apabila dia perlu turun seawal pukul 6 pagi dan balik pada pukul 8 malam setiap hari kecuali Ahad.
Menjadi 'runner' sejak bulan Mei tahun lalu, rezeki Jenny semakin bertambah dan dia mampu bertahan melakukan pekerjaan itu sehingga ke hari ini.
"Sebenarnya, ramai keluarga yang tidak memiliki kenderaan di rumah dan ada yang perlu menjaga anak kecil hingga tidak dapat membeli barang keperluan mereka.
"Jadi apabila saya memperkenalkan perkhidmatan ini di media sosial Facebook, ramai yang mula menempah slot penghantaran untuk mengambil bungkusan di pejabat pos, di pasar basah malah ubat-ubatan,” katanya yang turut dibantu anak sulungnya ketika waktu cuti sekolah.
Sepanjang hampir sembilan bulan menjadi 'runner' terdapat peristiwa hitam yang dialami Jenny dan keluarganya.
Amat menyedihkan buat Jenny apabila dia mengalami keguguran anak ketiga pada bulan Ogos tahun lalu ketika menghantar barangan.
"Saya tahu saya mengandung, tetapi saya mesti kerja bantu keluarga, bila dah hampir dua bulan saya bekerja sebagai runner, saya keguguran. Saya rehat sebulan, dan selepas itu saya kembali gagahkan diri sendiri, kembali kerja sebagai runner,” tambahnya.
Dengan pelbagai pengalaman seperti menunggang motosikal dari pekan Kapit ke rumah pelanggan di Jalan Song melalui jambatan Sungai Yong yang memakan masa satu jam perjalanan, semua itu bukan halangan bagi Jenny.
Malah, dia semakin selesa dengan pekerjaannya itu termasuk faham akan kerenah pelanggan.
"Ada pelanggan saya sangat berkira walaupun dengan baki 10 sen, dan juga ada yang menuduh saya menipu harga barang sebagainya, tetapi saya tetap tabah dan meneruskan perkhidmatan ini kerana ramai yang masih memerlukan bantuan saya," katanya.
Sementara itu, caj penghantaran adalah sekitar RM30 hingga RM35 bergantung kepada berat, jarak dan harga barang termasuk kos logistik.
Penghantaran akan dibuat setiap hari kecuali hari ahad dan setiap tempahan boleh dibuat melalui Facebook Christroland G-niez atau melalui Whatsapp di talian 010 949 6134.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Feb 16 2021
Melihat kepada situasi itu, seorang penghantar barangan wanita, Jenny Tawan bijak ambil peluang menjadi 'runner' menghantar pelbagai barang dari rumah ke rumah di sekitar Kapit dan Song.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan
Kejadian tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat.
Kerajaan teliti dasar penggunaan dron sebagai penghantar barangan - Fahmi Fadzil
Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan.
K'jaan pertimbang wujudkan peraturan dan badan kawal selia p-hailing
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sudah tiba masanya perkara itu diwujudkan dalam usaha membela kebajikan mereka yang menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya.
Demi kelangsungan hidup, ibu anak dua jadi 'runner' untuk penduduk Kapit, Song
Melihat kepada situasi itu, seorang penghantar barangan wanita, Jenny Tawan bijak ambil peluang menjadi 'runner' menghantar pelbagai barang dari rumah ke rumah di sekitar Kapit dan Song.