SEREMBAN: Kawasan kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Berlian 5, Taman Bukit Berlian, Lobak dekat sini diisytiharkan sebagai kawasan bencana, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan Datuk Razali Ab Malik.
Beliau berkata runtuhan cerun tersebut berpunca daripada aliran air luar biasa menyebabkan tanah menjadi lembut, seterusnya berlaku pergerakan.
Katanya siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mendapati masih berlaku pergerakan tanah yang berisiko tinggi untuk menyebabkan runtuhan lebih besar.
"Sehingga 12 tengah hari semalam, rekahan jalan akibat runtuhan telah semakin signifikan iaitu daripada beberapa inci lebar kepada lebih kurang dua kaki lebar.
"Hujan lebat pada sebelah petang dan pemantauan di tempat kejadian pada 8.00 malam tadi, tanah semakin mendap dan rekahan telah menjadi lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Razali berkata akibat hujan berterusan di kawasan Lobak pada 4 pagi semalam, berlakunya tanah runtuh di Jalan Bukit Berlian 5, Taman Bukit Berlian yang mengakibatkan tiga kereta jatuh ke kaki cerun.
Beliau berkata terdapat 12 rumah di Jalan Berlian 5 tersebut dengan jumlah isi keluarga seramai 47 orang terjejas akibat kejadian itu namun tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.
"Berdasarkan penilaian awal pihak bomba, 12 unit rumah di kawasan berlaku runtuhan cerun adalah berisiko dan tidak selamat untuk diduduki.
"Semua penduduk terlibat bersetuju keluar dari kediaman masing-masing sehingga siasatan lengkap dijalankan dan kerja baik pulih cerun selesai bagi mengelakkan berlaku kemalangan jiwa," katanya.
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Seremban telah diaktifkan dan boleh dihubungi di talian 06-6011038 dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) beroperasi di lokasi dan kawalan di tempat kejadian akan diuruskan mengikut mekanisme pengurusan bencana negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Mohammad Idris (kiri) melihat kejadian tanah runtuh yang berlaku. - Foto Sinar Harian

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Runtuhan cerun di Taman Bukit Berlian diisytihar kawasan bencana
Runtuhan cerun tersebut berpunca daripada aliran air luar biasa menyebabkan tanah menjadi lembut, seterusnya berlaku pergerakan.