Seorang warga Malaysia ditahan untuk membantu siasatan kejadian rusuhan di Little India, Singapura pada malam Ahad lalu.
Selain itu juga, lima anggota polis bantuan Singapura warga Malaysia juga adalah antara yang tercedera dalam menyuraikan insiden tersebut.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh gerakan polis Singapura bahawa lima polis bantuan warga Malaysia itu yang mempunyai taraf penduduk tetap itu telah mengalami kecederaan ringan ketika membantu anggota polis Singapura dalam menyuraikan perusuh-perusuh yang telah menimbulkan huru-hara pada malam tersebut.
“Dalam masa sama juga, kami dimaklumkan seorang warga Malaysia adalah antara yang telah ditahan oleh polis Singapura bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan itu,” kata Anifah.
Pihak Suruhanjaya juga akan membantu sebaik mungkin kepada warga Malaysia yang terjejas dalam kejadian insiden tersebut dengan kerjasama pihak berkuasa Singapura.
Insiden yang berlaku pada malam tersebut merupakan hal-ehwal dalaman Singapura dan pihak Suruhanjaya telah seringkali mengingatkan warga Malaysia supaya menghormati undang-undang negara dimana mereka tinggal atau bekerja.
“Ini juga merupakan sepertimana yang kita mahukan daripada warganegara asing supaya menghormati undang-undang negara kita ketika mereka berada di negara kita,” katanya lagi.
Kejadian bermula apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.
Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.
Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.
Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.
Aizat Sharif
Tue Dec 10 2013
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua pegawai pejabat pendidikan direman bantu siasatan kes rasuah
Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.
Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut
Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
SPRM nafi Justin Lim tidak diberi notis panggilan
SPRM menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Justin Lim Hwa Tat bahawa dia tidak diberi sebarang notis panggilan untuk membantu siasatan.
Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, polis minta saksi salur maklumat
Penumpang belakang kereta Proton Saga Aeroback, seorang perempuan berumur 59 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.
SPRM sedang kesan Siti Liyana Sakijan bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
Saksi kemalangan di Pantai Sepat diminta tampil
Nahas terbabit melibatkan mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.