awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS

Bernama
Bernama
08/03/2024
21:00 MYT
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
Abdul Aziz berkata pindaan rang undang-undang itu termasuk perkara berkaitan pengurusan bagi perintah mahkamah syariah, pelantikan timbalan ketua pendakwa syarie, pengurusan tauliah mengajar dan pemerkasaan pengurusan halal. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yakin Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Selangor) (Pindaan) 2024 (RUU 2024) yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan rang undang-undang itu termasuk perkara berkaitan pengurusan bagi perintah mahkamah syariah, pelantikan timbalan ketua pendakwa syarie, pengurusan tauliah mengajar dan pemerkasaan pengurusan halal.
Beliau berkata dengan kelulusan rang undang-undang itu, MAIS beriltizam memantapkan lagi pengurusan agama Islam di Selangor sejajar undang-undang dan hukum syarak dengan kerjasama padu daripada agensi lain.
"Ini selaras kewajipan MAIS di bawah subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2023 iaitu menggalakkan, mendorong dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi juga sosial masyarakat Islam di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Abdul Aziz turut merakamkan penghargaan kepada Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah dan pihak berkaitan yang terlibat dalam menyediakan rang undang-undang tersebut.
Beliau berharap penguatkuasaan rang undang-undang itu akan memberi nilai tambah dalam pemerkasaan agama Islam di Selangor dan menjadi penanda aras kepada pemantapan pentadbiran khasnya berkaitan halal.
Pada Khamis, DUN Selangor sebulat suara meluluskan rang undang-undang berkenaan selepas dibentangkan Mohammad Fahmi dan dibahas oleh beberapa wakil rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#wakil rakyat
#penanda aras
#hukum syarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan