NATIONAL
RUU Akta Penjagaan Pra Hospital dijangka dibentang hujung tahun atau awal tahun depan

Dr Dzulkefly (tiga kanan) menyerahkan mesin AED kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di sini hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penjagaan Pra Hospital selewat-lewatnya hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penjagaan Pra Hospital selewat-lewatnya hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
- Akta ini termasuk 'Good Samaritan Law' yang melindungi orang awam yang membantu dalam situasi kecemasan daripada tindakan undang-undang.
- Akta ini bertujuan menyediakan perlindungan undang-undang kepada individu yang memberikan bantuan kecemasan seperti CPR dalam situasi jantung terhenti mengejut.
“Ini adalah komitmen yang saya mahukan dan kementerian mahu laksanakan. Kita berharap RUU ini dapat dibentangkan dalam masa terdekat, mungkin menjelang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan (kerana) kita mempunyai banyak RUU dalam perancangan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di sini hari ini.
Akta 'Good Samaritan' ialah perlindungan undang-undang yang menggalakkan individu untuk membantu orang lain dalam situasi kecemasan tanpa rasa takut mengenai tindakan undang-undang sekiranya disaman kerana menyebabkan kecederaan yang tidak disengajakan semasa memberi bantuan.
Pada 14 Disember 2024, KKM merancang memperkenalkan RUU berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam situasi jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA).
Dr Dzulkefly dilapor berkata, akta itu juga bertujuan menyediakan perlindungan undang-undang kepada mereka yang bertindak menghulurkan bantuan atas dasar kepercayaan baik dalam usaha menyelamatkan nyawa orang awam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami