awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti: Belum ada kata putus pelaksanaanya di Sarawak - Peguam Besar

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
04/08/2022
06:24 MYT
RUU Antilompat Parti: Belum ada kata putus pelaksanaanya di Sarawak - Peguam Besar
Talat berkata, segala keputusan yang dibuat berkaitan pelaksanaan RUU tersebut masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk menentukan.
KUCHING: Jabatan Peguam Besar Sarawak masih mengkaji keperluan untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai peruntukan larangan wakil rakyat bertukar parti.
Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid berkata segala keputusan yang dibuat berkaitan pelaksanaan RUU tersebut masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk menentukan.
“Kita telah melihat perkara (RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022) ini, saya juga telah melihatnya bagaimanapun belum ada sebarang keputusan yang dibuat.
“Ini juga masih bergantung kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan berhubung pelaksanaan RUU berkenaan,” katanya selepas ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuching di sini hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof meminta agar Peguam Besar Sarawak mengkaji langkah seterusnya yang harus diambil bagi pelaksanaan RUU terbabit.
Sarawak katanya sememangnya sudah mempunyai peruntukan mengenai larangan melompat parti dalam Perlembagaan negeri itu yang mana tidak dapat dilaksanakan sebelum ini kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada 28 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dengan memperolehi sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan dengan lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Rakyat.
Pada hari yang sama RUU tersebut diluluskan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili juga menggesa agar DUN Sabah dan Sarawak untuk segera membentangkan RUU antilompat parti di peringkat negeri dalam tempoh 60 hari.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk melarang ahli parlimen bertukar parti yang diluluskan Dewan Rakyat, tidak terpakai di kedua-dua DUN berkenaan.
Topic Berkaitan
#RUU Antilompat Parti
#Talat Mahmood Abdul Rashid
#Undang-Undang Sarawak
#lompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan