awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober

Bernama
Bernama
17/08/2022
08:50 MYT
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain itu, sidang berkenaan juga akan membentangkan satu lagi pindaan RUU yang akan dimaklumkan kemudian. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada Oktober ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain itu, sidang berkenaan juga akan membentangkan satu lagi pindaan RUU yang akan dimaklumkan kemudian.
"Ketika ini kita tengah muktamadkan RUU itu, kalau sempat kita akan maklumkan, insya-Allah pada Oktober ini, tarikh akan dimaklumkan nanti, ada dua (perkara dibincangkan), kalau bolehlah, kalau tak boleh kita buat satu (bentang RUU)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri telah bersetuju mengenai pelaksanaan RUU itu dengan segera setelah ia diwartakan.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan bersetuju menaikkan jumlah biasiswa daripada RM100 kepada RM150 sebulan selama setahun kepada 900 mahasiswa yang menerima bantuan di bawah yayasan itu dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.
AMINUDDIN-SIDANG 2 (AKHIR) SEREMBAN
Beliau berkata kerajaan negeri turut menzahirkan takziah atas pemergian Pengasas DAP Dr Chen Man Hin hari ini dan menyifatkan ia kehilangan besar buat parti berkenaan selain berharap perjuangan demokrasi mendiang sebelum ini dapat diteruskan.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata pihaknya menyambut baik keputusan PKR yang mahu menampilkan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden parti bagi mengetuai pasukan negeri berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15.
"Ini merupakan pertama kali dibuat PKR, ia menunjukkan selepas pemilihan, parti dalam keadaan baik dan bukan hanya untuk berpolitik tetapi bawa harapan untuk rakyat, tak nampak ada perebutan dan kita diterima semua lapisan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Antilompat Parti
#Rang Undang-Undang
#anti lompat parti
#sidang khas DUN
#N Sembilan
#Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan