KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan Dewan Negara hari ini dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jangkaan itu bersesuaian dengan garis masa yang diperlukan untuk rang undang-undang itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Saya cukup yakin Tuanku peka dengan rang undang-undang ini dan kalau jangkaan saya tepat, tidak lewat pertengahan bulan September (penguatkuasaannya).
"Kita memang berharap (untuk dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)). Saya tidak boleh meneka tetapi apabila kita hantar ke istana, kita perlu beri masa untuk Tuanku melihat, meneliti dan mengkaji rang undang-undang ini sebelum memberi perkenan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jangka masa rang undang-undang itu dapat dikuatkuasakan dan adakah ia dapat dilaksanakan sebelum PRU-15 diadakan.
BACA: Larangan bertukar parti: PM akan maklum kerajaan negeri pinda perlembagaan negeri - Wan Junaidi
BACA: Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Terdahulu rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara selepas memperoleh masing-masing sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara.
Wan Junaidi berkata selepas diluluskan, rang udang-undang berkenaan seterusnya akan melalui proses perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan sebelum undang-undang itu dapat diwarta, kemudian mula dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata implikasi cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau "recall election" perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum ia dapat dijadikan rang undang-undang.
Katanya kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti ahli politik, badan bukan kerajaan dan masyarakat madani bagi membincangkan cadangan itu yang bertujuan menghalang wakil rakyat yang diberikan mandat sewaktu pilihan raya daripada melompat parti.
Beliau berkata perkara itu juga perlu diperhalusi memandangkan negara-negara yang mengamalkan undang-undang berkenaan menghadapi masalah tersendiri berhubung pelaksanaannya.
"Oleh demikian, kita perlu belajar daripada apa yang mereka hadapi serta alami dan daripada itu nanti kita akan kaji. Buat masa ini, ia belum dibentangkan kepada jemaah menteri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Wan Junaidi berkata jangkaan itu bersesuaian dengan garis masa yang diperlukan untuk rang undang-undang itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. - Gambar/ Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.