PUTRAJAYA: Rang undang-undang bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya selaras dengan peruntukan yang relevan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka dibentang di Parlimen menjelang akhir bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata pindaan itu amat penting kerana ia akan memberi kejelasan berhubung kedudukan Sabah dan Sarawak serta rakyat terutama penduduk asal di kedua-dua negeri.
"Selama bertahun-tahun, berlaku hakisan terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kami berharap dapat membetulkan perkara ini dengan meminda beberapa peruntukan kritikal dalam Perlembagaan Persekutuan," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Sabtu lepas, Wan Junaidi berkata kerajaan dengan bantuan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti langkah meminda beberapa peruntukan undang-undang yang kritikal dalam MA63 untuk mengembalikan hak-hak rakyat di Sabah dan Sarawak seperti yang dipersetujui susulan pembentukan Malaysia.
Berdasarkan anggaran garis masa, Wan Junaidi berkata bacaan pertama rang undang-undang itu boleh dilakukan pada 26 Okt ini diikuti bacaan kedua pada 28 Okt.
Beliau berkata AGC dijadual merangka Naskhah Biru pindaan rang undang-undang itu yang diharap akan dapat dibentang kepada Ahli Parlimen pada 25 Okt ini.
"Semasa AGC mengkaji peruntukan undang-undang, kami sudah memulakan sesi libat urus bagi menjelaskan perkara itu kepada pihak berkepentingan utama termasuk Ahli Parlimen, pemimpin Sabah dan Sarawak serta Peguam Besar di kedua-dua negeri," katanya.
Wan Junaidi berkata setakat ini, inisiatif itu telah mendapat sokongan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membincangkan perkara itu secara rasmi dalam masa terdekat.
Bergantung kepada kejayaan sesi libat urus itu, Wan Junaidi berkata beliau menyasarkan untuk mengadakan mesyuarat khas mengenai MA63 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Okt.
Beliau berkata selepas itu, kertas khas mengenai MA63 akan dikemukakan oleh Perdana Menteri kepada anggota Kabinet pada keesokan harinya (22 Okt).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Wan Junaidi berkata, pindaan itu amat penting kerana ia akan memberi kejelasan berhubung kedudukan Sabah dan Sarawak serta rakyat terutama penduduk asal di kedua-dua negeri. - Foto fail
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.
MA63: Autonomi pendidikan Sarawak dibawa ke MTP untuk persetujuan
Permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Banyak kejayaan dicapai kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.