awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Airbus mula uji robot Walker S2 yang boleh tukar bateri sendiri
Inisiatif pendidikan percuma: Pelajar autisme rakam penghargaan kepada PM
Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Tribunal Antibuli: JPM adakan dialog dengan pelajar pada Oktober

Bernama
Bernama
29/09/2025
12:00 MYT
RUU Tribunal Antibuli: JPM adakan dialog dengan pelajar pada Oktober
Azalina (kanan) bercakap pada Sesi Town Hall Antibuli Peringkat MARA hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) akan mengadakan sesi dialog dengan kira-kira 200 pelajar sekolah rendah dan menengah pada 6 Okt ini bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli yang sedang dibangunkan kerajaan.
Menterinya Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sesi itu penting untuk memperoleh gambaran jelas mengenai tahap kesedaran pelajar terhadap isu buli, kerana mereka adalah pihak yang berdepan secara langsung dengan masalah tersebut.
"Kalau kita perhatikan, pandangan mereka agak berbeza-beza dan mereka meletakkan banyak harapan terhadap sistem yang dibangunkan. Mereka juga mengakui bahawa buli adalah masalah yang perlu ditangani dengan segera.
"Selain itu, mereka bijak bercakap tentang kesedaran dan strategi pencegahan. Saya melihat ini sebagai pandangan yang positif kerana anak muda memahami bahawa ini adalah satu masalah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sesi Townhall Antibuli di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Azalina berkata fasa pertama akan tertumpu kepada pelajar bawah 18 tahun berdasarkan nasihat Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan badan bukan kerajaan (NGO), manakala fasa kedua akan melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi.
Dalam pada itu, beliau berkata apabila tribunal antibuli diwujudkan kelak, semua aduan berkaitan buli yang dibuat secara dalam talian akan kekal sulit, manakala pengadu akan dilindungi oleh tribunal apabila kes dibawa ke peringkat pendengaran.
Azalina berkata tribunal itu juga terbuka kepada kes yang berlaku di luar kawasan sekolah memandangkan isu buli tidak hanya terhad dalam premis pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perdana Menteri
#sesi dialog
#premis pendidikan
#tribunal antibuli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan