Ryt Bank lakar sejarah, penyelidikan urusan perbankan dijana AI dibentang di EMNLP 2025

Ryt AI membolehkan transaksi perbankan masa nyata dilakukan melalui arahan bahasa semula jadi seperti 'pindahkan RM10 kepada John'.
KUALA LUMPUR: Ryt Bank melakar sejarah apabila penyelidikan yang mengetengahkan urusan perbankan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) diterima untuk pembentangan di persidangan Empirical Methods in Natural Language Processing (EMNLP) 2025.
EMNLP 2025 merupakan sebuah persidangan antarabangsa terkemuka dalam pemprosesan bahasa semula jadi, menjadikan Ryt Bank institusi kewangan Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.
Ryt AI membolehkan transaksi perbankan masa nyata dilakukan melalui arahan bahasa semula jadi seperti 'pindahkan RM10 kepada John'.
“Pasukan kami membinanya dari asas dan hari ini pelan itu diiktiraf oleh komuniti AI sejagat,” kata Ketua Pegawai Produk Ryt Bank, Foong Chee Mun.
Sistem Ryt AI dibina dengan tiga lapisan keselamatan iaitu garis panduan (deterministic guardrails), semakan manusia dan seni bina memori tanpa simpanan kekal, perkara ini menjamin privasi, keselamatan dan kepantasan perbankan digital.
Kerjasama antara Ryt Bank, YTL AI Labs dan Universiti Malaya turut memperkukuh penyelidikan itu.
“Pencapaian ini membuktikan Malaysia mampu menerajui bukan sahaja sains tetapi juga keselamatan AI,” kata Profesor Dr. Chan Chee Seng dari Universiti Malaya.
Pengalaman perbankan pintar oleh Ryt Bank boleh dilayari pengguna menerusi aplikasi yang kini tersedia di App Store dan Google Play.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


